Selasa, 26 Mei 2015

Program bersama komuniti Kelab Doktor Muda

Tarikh : 4.3.2015
Masa  : 7.30 pg hingga 1.00 petang
Tempat : Taman Perumahan Kuala Terengganu Golf Resort
Terima kasih diucapkan kepada penduduk taman KTGR kerana menerima kehadiran ahli KDM SKKGB untuk melaksanakan program bersama komuniti taman sempena hari gotong royong sifar sampah 2015. Antara aktiviti yang ahli KDM laksanakan ialah demonstrasi 7 langkah mencuci tangan, menggosok gigi, pameran, pemeriksaan bp, permainan interaktif dan gotong royong.
Program ini melibatkan komuniti taman, MBKT, pelajar UNiSZA dan banyak lagi.
Susulan dari program ini Kelab Doktor Muda SKKGB ditawarkan oleh pihak UKOM ( Unit Komunikasi SUK) untuk menyertai kembara bersama UKOM bagi memenuhi matlamat TTB iaitu memartabatkan pendidikan utk rakyat2 terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan