Sabtu, 16 Mei 2015

KELAB DOKTOR MUDA SKKGB DI KEMBOJA

Lawatan kerjasama antarabangsa selama dua hari di Kemboja memuatkan pelbagai aktiviti menarik iaitu  bola gizi seimbang, 7 cara mencuci tangan, tunjuk cara membantu mangsa pengsan dan macam- macam lagi. Selain itu majlis tandatangan mou jaringan antarabangsa antara SKKGB dengan Cambodia Dubai Muslim School Phnom Penh berlangsung serta penyerahan sumbangan kepada sekolah tersebut. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. Antara penaja ialah syarikat Mumtaz, UKOM, jknt, pelancongan trg, kedai sekolah dan banyak lagi. Terima kasih juga kepada SK Pasir Panjang n9 yang menjemput kami dan terima kasih kepada Ustaz M. Daud guru besar Cambodia Dubai Muslim School yang sudi menerima kehadiran kami dengan hati terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan