Khamis, 16 Ogos 2018

HARI PENGHAKIMAN APSSK 2018

Selamat datang kepada para hakim APSSK 2018  ke SKKGB. Hari ini, 16 Ogos 2018 hari yang penuh bermakna kepada sekolah kita kerana hari untuk penilaian PSS SKKGB. Marilah kita semua warga SKKGB berdoa agar kejayaan menjadi milik kita. Amin ya rabbal aalamin.






Barisan Hakim:

1. Dr. Qhamariah Binti Samu ( Ketua Hakim APSSK 2018)
    Ketua Penolong Pengarah,
    Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan,
    Bahagian Teknologi Pendidikan,
    Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Encik Wan Sanazi Bin Ali ( Hakim 2018)
    Jemaah Nazir Jaminan dan Kualiti,
    Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rabu, 15 Ogos 2018

LAWATAN SANTAI TUAN PENGARAH JPNT KE SKKGB BERSEMPENA APSSK 2018


Selamat datang kepada Tuan Pengarah JPNT Tuan Haji Shafruddin bin Ali Hussin ke SKKGB untuk melihat persediaan terakhir sebelum Hari Penghakiman APSSK 2018 yang akan berlangsung pada esok hari 16 Ogos 2018. Kami warga SKKGB berbesar hati menerima kehadiran tuan ke sekolah kami pada pagi ini. Ayuh warga SKKGB, kita buktikan SKKGB Gemilang.





Isnin, 13 Ogos 2018

KEHADIRAN RATU BOWLING NEGARA BERSAMA RAKAN-RAKAN KE SKKGB


Skkgb telah berbesar hati menerima kunjungan dari Ratu Bowling Negara Shalin Zulkifli bersama rakan-rakan untuk suntikan motivasi bersempena UPSR bagi murid-murid Tahun 6 2018. Selamat Datang kepada semua. Terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah kami.

Link rujukan:#AWANIJr: Ratu Bowling negara di Studio MY SKKGB CHANNEL

Ahad, 12 Ogos 2018

LATIHAN PERSIAPAN UNTUK HARI PENGHAKIMAN APSSK 2018

Bersempena dengan Hari Penghakiman APSSK 2018, semua guru dan murid yang terlibat telah mengadakan beberapa siri latihan untuk sambutan pada 16 Ogos 2018 nanti. Kerjasama yang erat pasti akan membuahkan hasilnya. Semoga berjaya SKKGB.

Jumaat, 27 April 2018

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2018

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2018

Tarikh : 3 - 5 April 2018

Aktiviti- aktiviti:

  • Bicara Buku
  • Bacaan senyap 10 minit
  • Pertandingan ejaan betul
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan silang kata
  • Pertandingan bercerita
  • Pertandingan mewarna kulit buku
  • Pertandingan pantun teka teki.















Jumaat, 20 April 2018