Sejarah Kami
Pada
16 Disember 1998 Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed yang ketika itu
sedang bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu
telah datang melapor diri di sekolah ini. Pada masa itu keadaan fizikal
sekolah ini telah siap sepenuhnya. Cuma perabot dan kelengkapan lain
masih belum tersedia. Kelengkapan tersebut dihantar ke sekolah secara
berperingkat-peringkat.
Seterusnya
pada 23 Disember 1998, Encik Samsudin bin Alias iaitu Pembantu Tadbir (
N9 ) datang melapor diri bersama Encik Saide bin Sidek sebagai Pembantu
Am Rendah ( PAR ). Seterusnya diikuti pula pada 27 Disember 1998, Encik
Besar bin Embong melapor diri sebagai Pengawal Keselamatan Sekolah dan
akhirnya pada 30 Disember 1998 seramai 15 orang guru telah datang
melapor diri untuk bertugas di sekolah ini.
Sekolah
ini memulakan sesi persekolahannya pada 24 Januari 1999 dengan bilangan
murid seramai 530 orang iaitu dari tahun 1 hingga 5. Sebelum kedatangan
murid ke sekolah ini, guru-guru dan staf sokongan telah
bergotong-royong membuat persiapan bilik darjah dan persiapan fizikal
yang lain. Seterusnya pada 26 Januari 1999 satu Majlis Penyerahan
Bangunan Sekolah diadakan di bilik mesyuarat sekolah dan dihadiri oleh
Encik Abd. Hamid bin Abd. Rahman ( Jurutera Daerah ), Encik Mohd Najib
dari JPN Terengganu, Tuan Haji Zaid bin Chik dari PPD Kuala Terengganu
dan wakil-wakil JKR, JPN serta PPD turut hadir bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)