Khamis, 28 Ogos 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke - 57


Hari ini, SKKGB telah mengadakan majlis untuk menyambut kemerdekaan Malaysia Kali ke 57. Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah ini telah disertai oleh semua warga SKKGB. Pelbagai acara telah diadakan untuk memupuk semangat cintakan negara dalam diri murid-murid SKKGB.

Para Guru Menyiapkan Peralatan Untuk Sambutan Kemerdekaan
Warga SKKGB Mula berhimpun di Dataran Perhimpunan
Suasana Sebelum Sambutan Bermula

 Acara bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh Utz. Abdul Hadi bin Muhamed dengan disusuli oleh nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah oleh seluruh warga SKKGB. Selepas ucapan daripada PK Akademik Pn. Hjh. Rodziana bt Omar, acara diteruskan dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali yang dilaungkan oleh cikgu Ahmad Zulhaidi dan diikuti oleh semua warga SKKGB.






 Sambutan kemerdekaan diteruskan lagi dengan deklamasi sajak oleh wakil murid SKKGB.Sambutan kemerdekaan ini diakhiri dengan nyanyian beberapa lagu patriotik oleh warga SKKGB.





Rabu, 27 Ogos 2014

'CAKNA KAUNSELING'



Assalamualaikkum Anak-anak didik SK KOMPLEKS GONG BADAK

Semoga kerahmatan Allah bersama anak-anak tersayang.

KHAS UNTUK CALON UPSR 2014
Angka 9.9.2014 adalah permulaan langkah untuk anak-anak didik yang bakal menduduki kerusi UPSR sehingga berakhirnya tarikh 11.9.2014

Semoga tarikh keramat itu akan menjadikan semangat anak-anak didik semakin membara dan penuh dengan impian untuk meraih kejayaan cemerlang.

Kami warga SK Komplek Gong Badak, tidak pernah jemu untuk mendoakan kejayaan cemerlang itu  milik anak-anak didik calon UPSR 2014

Hanya 12 hari sahaja lagi tarikh keramat 9.9.2014 akan tiba,

In Sha Allah, segalanya  akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT 

Salam sayang selamanya daripada
Cg Zainun Mustapha,
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SKKGB

Selasa, 26 Ogos 2014

Kursus LADAP Siri 3 Tahun 2014

Jawatankuasa LADAP telah mengadakan kursus LADAP yang ketiga bagi tahun ini pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Guru SKKGB. Kursus yang bertajuk Pengurusan Cuti telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan iaitu YM. Syed Mohd bin Tuan Baru. Ianya bertujuan untuk memberi pengukuhan kepada para guru dan kakitangan SKKGB mengenai cuti. Kursus ini bermula pada jam 8.30 pg dan berakhir pada 11.30 pg serta mendapat kerjasama dari semua pihak.



Antara Peserta-Peserta Kursus Yang Terlibat

Suasana Sebelum Bermulanya Kursus

Program Aku Janji UPSR 2014




Pada jam 8.00 pg tadi, satu majlis bagi murid-murid tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR telah diadakan. Program yang diberi nama AKU JANJI telah diadakan bagi memberi motivasi dan meningkatkan keazaman murid-murid tahun enam untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi.

Dalam program ini, murid-murid telah menggunakan tapak tangan yang telah disapu cat dan dizahirkan pada sehelai kain rentang bagi menggantikan penggunaan tandatangan seperti tahun-tahun terdahulu.

Penyelaras Tahun 6 Pn. Salmah membantu murid mengecat tapak tangan

Murid-murid tahun 6 sedang memerhati bekas tapak tangan rakan-rakan

Hasil kerja murid-murid tahun 6

Isnin, 25 Ogos 2014

Perhimpunan Pagi

Bermula minggu lepas, satu inovasi telah dilakukan untuk perhimpunan pagi bagi murid-murid SKKGB. Bagi memudahkan para guru memantau keadaan murid semasa perhimpunan pagi, kedudukan murid di dataran perhimpunan telah ditukar. Pembahagian murid tahap satu dan dua telah dilakukan dengan murid tahap satu berada di sebelah kanan dataran dan murid tahap dua di sebelah kiri dataran.

Kedudukan Baharu Murid-Murid di Perhimpunanan Pagi


Rabu, 20 Ogos 2014

Santapan Minda

Laman blog SKKGB akan menambah 2 sudut santapan minda bagi pengunjung blog ini. Posting yang diberi tema 'ISLAM AGAMAKU' dan 'CAKNE KAUNSELING' akan memuatkan tulisan para guru SKKGB berkenaan bahan-bahan yang berbentuk ilmiah yang boleh diambil iktibar dan panduan dalam kehidupan. Diharapkan usaha ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung laman blog ini.

Kelas Bimbingan LINUS Bestari 2014 Bermula.

Bermula 12 Ogos 2014 sehingga 30 September 2014, kelas bimbingan bagi murid LINUS yang tidak melepasi Literasi & Numerasi bagi saringan pertama 2014 diadakan.  Kelas tersebut dijalankan pada hari selasa dan khamis bermula pukul 1.00 ptg sehingga 2.00 ptg. Semua guru LINUS terlibat dalam kelas ini.






Ujian lisan saringan 2 LINUS akan bermula pada awal september 2014

Selasa, 19 Ogos 2014

TAHNIAH S/U PIBG BAHARU




Pn Rohani bt Awang
Bermula minggu lepas, SK Kompleks Gong Badak telah mendapat seorang s/u PIBG yang baharu iaitu Pn. Rohani bt Awang yang menggantikan mantan s/u PIBG Tn Hj Azizuddin bin Awang Abd Rahman@Jusoh yang telah bertukar ke SK Kompleks Tembesu. Diharapkan PIBG sekolah akan terus cemerlang dibawah s/u yang baharu.

Isnin, 18 Ogos 2014

Enrolmen Murid Bulan Julai



 Berikut adalah jumlah murid-murid di SK Kompleks Gong Badak setakat bulan Julai 2014.




Blog baru SK Kompleks Gong Badak Mula Dibuka.

Pada hari ini 17 Ogos 2014, bermulanya lembaran baharu bagi SKKGB melangkah ke dunia ICT dengan pelancaran satu laman blog. Atas inisiatif guru besar  yang meminta satu jawatankuasa blog sekolah ditubuhkan bagi memantau keadaan ini. Langkah segera telah diambil dengan cadangan perlantikan beberapa orang guru yang mempunyai pengalaman dalam bidang ICT untuk melaksanakan laman blog ini. Diharapkan laman blog ini dapat menjadi tempat rujukan dan mendapatkan sumber tentang aktiviti dan perkembangan sekolah.