Ahad, 6 September 2015

Majlis solat hajat SKKGB

Alhamdulillah majlis sunat hajat peringkat sekolah sempena upsr yang berlangsung pada 6.9.2015 berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan solat maghrib, diikuti dengan solat hajat, bacaan yassin, tahlil ringkas dan ucapan ringkas tuan guru besar. Majlis bersambung dengan solat isya' berjemaah dan diakhiri dengan jamuan.
Diharapkan calon-calon upsr dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan melakukan yang terbaik untuk berjaya. 5A didalam genggaman. In shaa Allah.

Majlis solat hajat

Tarikh : 6.9.2015
Tempat : Dataran Ilmu Skkgb
Masa  : 7.00 mlm

Kepada guru dan ibubapa SKKGB dijemput hadir.

Ahad, 2 Ogos 2015

Konvensyen Dr Muda Peringkat Negeri

1 Ogos 2015... berlansungnya Konvensyen Dr Muda peringkat Negeri Terengganu bertempat di SMK Sri Dungun. KDM SKKGK mewakili Daerah Kuala Terengganu dalam 3 kategori iaitu TOKOH DR MUDA, PAMERAN PROJEK INTERVENSI DAN SEKOLAH CEMERLANG.
KDM SKKGB telah berjaya menggondol JOHAN utk kategori PAMERAN dan SEK CEMERLANG peringkat Negeri Terengganu dan akan mewakili negeri Terengganu kr peringkat Kebangsaan pada 11 Ogos di UuTM Puncak Alam.
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan projek kami...

Rabu, 1 Julai 2015

Pelancaran Minggu Sihat Doktor Muda Peringkat Sekolah

RABU, 1 Julai 2015,  Majlis pelancaran Minggu Sihat Doktor Muda dilaksanakan. Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan daripada Dato S Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Seterusnya Tuan Guru Besar merasmikan majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Doktor Muda.

Selasa, 26 Mei 2015

Lawatan dari SBP Integrasi Batu Rakit

Tarikh : 26  Mei 2015
Hari     : Selasa
Masa. : 3.00 hingga 5.00 ptg
Kelab Dr Muda SKKGB menerima kunjungan seramai 22 orang pelajar yang merupakan ahli dr muda dan 4 orang guru pengiring serta 3 orang wakil pejabat kesihatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan persiapan konvensyen dr muda 2015. SBPI Batu Rakit adalah merupakan sekolah rintis KDM sek men di terengganu yang akan mewakili terengganu ke konvensyen 2015 nanti.

Program bersama komuniti Kelab Doktor Muda

Tarikh : 4.3.2015
Masa  : 7.30 pg hingga 1.00 petang
Tempat : Taman Perumahan Kuala Terengganu Golf Resort
Terima kasih diucapkan kepada penduduk taman KTGR kerana menerima kehadiran ahli KDM SKKGB untuk melaksanakan program bersama komuniti taman sempena hari gotong royong sifar sampah 2015. Antara aktiviti yang ahli KDM laksanakan ialah demonstrasi 7 langkah mencuci tangan, menggosok gigi, pameran, pemeriksaan bp, permainan interaktif dan gotong royong.
Program ini melibatkan komuniti taman, MBKT, pelajar UNiSZA dan banyak lagi.
Susulan dari program ini Kelab Doktor Muda SKKGB ditawarkan oleh pihak UKOM ( Unit Komunikasi SUK) untuk menyertai kembara bersama UKOM bagi memenuhi matlamat TTB iaitu memartabatkan pendidikan utk rakyat2 terengganu.