Selasa, 23 September 2014


SEGMEN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK KOMPLEKS GONG BADAK


Pengumuman daripada KPM untuk semua calon UPSR 2014 sekali lagi mengejutkan anak-anak didik tahun 6 - 2014
Kena ulangi kertas Sains, dan Bahasa Inggeris pada tarikh 30 September 2014
Sekali lagi berita mengejutkan bila semua pelajar Tahun 6 kena duduki Kertas 1 bagi subjek  Matematik.

MENGEJUTKAN?

Namun, semua calon UPSR SKKGB 2014   tetap bersemangat waja...tetap ceria dan tetap teruja untuk menduduki subjek SAINS , BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK untuk sekali lagi.

Wahai anak-anak didik Tahun 6 yang sangat cikgu sayangi,
Semoga anak-anakku sayang  akan terus bersemangat waja. Kentalkan jiwamu sayang untuk mendaki kejayaan cemerlang dalam meraih 5A untuk UPSR mu.

Doa ikhlas cikgu dan semua warga SKKGB tetap mengiringimu sehingga ke puncak kejayaan yang cemerlang. In Sha Allah, akan Tuhan anugerahkan kejayaan kepada anak-anak yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam perjuangan untuk cemerlang.

Ingatlah sayang, anak-anak didikku,
Cikgu tetap akan menyayangi dan menyokong kamu semua dalam setiap doa dan munajat Cikgu kepada Allah yang Maha Esa.

Salam sayang daripada 

Cikgu Zainun Mustapha
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Kompleks Gong Badak
21300 Kuala Terengganu

Selasa, 9 September 2014

UPSR Bermula

Hari ini hari yang ditunggu oleh para calon UPSR 2014 dan juga kepada semua warga SKKGB. Bermula seawal 7.00 pg lagi, para ibubapa dan juga calon berserta guru-guru SKKGB telah berkumpul di Bilik Kokurikulum bagi taklimat dan bacaan yasin. Seperti mana tahun terdahulu, pada tahun ini juga peperiksaan UPSR di SKKGB juga disertai oleh calon-calon daripada Sekolah Rendah Islam Al-Amin. Tepat jam 8.00 pagi, semua calon dari SKKGB dan SRI Al-Amin mula bergerak memasuki bilik-bilik peperiksaan. Semoga para calon UPSR 2014 diberi ketenangan dan kemudahan semasa menjawab soalan.





Warga SKKGB juga pada pagi ini telah disertai oleh bekas Guru Besar dan PK Akademik SKKGB En. Ahmad Yusoff dan Pn. Hjh Zunaidi yang datang untuk bertemu para calon UPSR 2014 yang juga merupakan anak didik mereka sehingga pertengahan tahun ini.








Ahad, 7 September 2014

MAKLUMAN: Perlaksanaan Saringan 2 LINUS

Perlaksanaan Saringan 2 LINUS ujian lisan bagi subjek literasi Bahasa Melayu, Matematik dan literasi Bahasa Inggeris tahap 1 bermula 1 September 2014 sehingga 3 Oktober 2014 manakala ujian bertulis bermula 7 Oktober 2014 hingga 17 oktober 2014. Untuk makluman guru, SKKGB tergolong dalam kumpulan 1 dan fasil LINUS yang akan memantau ialah

1- Pn. Rosmaini
2- Pn. Norzie Rohayu
3- Pn. Noorhafiza

Ketiga-tiga fasil adalah daripada PPD Kuala Terenggannu. Semua pihak yang terlibat diminta mengambil perhatian.

Titisan Ilmu 2014


Hari ini telah diadakan program Titisan Ilmu bagi murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR. Ianya diadakan bagi memberi ruang dan kesempatan kepada semua murid tahun 6 untuk memohon maaf dan restu daripada para guru mereka sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR.











Semoga segala usaha dan doa yang dilakukan oleh semua guru SKKGB sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dalam UPSR kali ini.

Program Rehat Minda

Pada hari sabtu yang lalu telah berlangsung satu program yang dikenali sebagai Rehat Minda. Program dilaksanakan bagi memberi peluang kepada bakal-bakal calon UPSR 2014 untuk menenangkan fikiran yang mana selama ini sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Ia juga untuk mengelakan para calon dari merasa tertekan dengan hampirnya peperiksaan UPSR yang akan tiba beberapa hari lagi.





Muzium Losong telah dipilih sebagai lokasi program diadakan. Seramai 164 orang murid tahun 6 SKKGB bersama semua guru tahun 6 telah menyertai program ini. Program ini juga telah disertai oleh Guru Besar bersama Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan HEM.
Program ini bermula pada jam 8.00 pg dan berakhir pada jam 1.30 ptg.










Kunjungan Wakil Pegawai PPD

Pada khamis yang lalu, SKKGB telah menerima kunjungan daripada 2 orang wakil pegawai PPD Kuala Terengganu iaitu Tn. Hj. Tengku Azalem dan En. Khairul Aswadie. Kunjungan ini bertujuan bagi bertemu dan memberi kata-kata peransang kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Pertemuan ini bermula pada 12.30 tgh dan berakhir pada jam 1.30 ptg.

Wakil PPD Bersama Murid-Murid Tahun 6

Majlis Solat Hajat Perdana

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, SKKGB sekali lagi mengadakan majlis solat hajat bagi mendoakan kecemerlangan murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Majlis ini diadakan pada 4 september yang lalu turut dihadiri oleh ibubapa murid-murid tahun 6 dan warga SKKGB beserta wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu En. Mohd Shafie. Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjamaah dan diikuti dengan bacaan surah yassin. Selepas itu majlis diteruskan dengan solat isyak dan solat hajat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis ini.






Sabtu, 6 September 2014

'CAKNA KAUNSELING'

                               

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKAATUUH...

Anak-anak calon UPSR 2014 yang amat dikasihi dan disayangi Allah semua,
Hanya 3 hari sahaja lagi kerusi UPSR bakal anak-anak duduki. Tarikh keramat itu amat dinantikan oleh kita semua samada anak-anak, guru-guru  mahupun ibubapa.

Anak-anak tersayang,
Di sini, dititipkan buat anak-anak tersayang sedikit pedoman dalam menuju tarikh keramat itu

- Perbanyakkan doa yang benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWt. 
-Pertajamkan minda pada setiap hari dengan membaca al Quran 
-Eratkan perhubungan dengan ibubapa dan ahli keluarga
- Jaga hubungan dengan guru-guru dan kawan-kawan
- Istiqamah dalam aktiviti mengulangkaji pada setiap hari walaupun sedikit


Amalkan juga
-  Makan makanan yang hanya memberi zat dan manfaat kepada minda dan bada seperti kurma, kismis, air zamzam, susu, air suam, air penerang hati, air bacaan yasin dan air solat hajat.
 - Tidur lebih awal Jangan bazirkan masa dengan menonton TV terutama rancangan yang  kurang berfaedah
- Bangun lebih awal agar semangat ke sekolah tidak pernah luntur.
-Sentiasa fokus terhadap semua faktra yang berkaitan dengan subjek peperiksaan upsr


Elakkan
- makan makanan ringan yang tidak berkhasiat
- makanan dan minuman berasid 
- makanan asam
- minuman bergas
- makanan pedas
- makanan
- aktiviti yang lasak dan kurang baik


INSYA ALLAH, SETIAP ORANG CALON UPSR SKKGB 2014 AKAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH UNTUK MENJAWAB SEMUA SOALAN UPSR DENGAN LANCAR DAN BERINFORMASI DARIPADA ALLAH SWT

Ikhlas daripada

Cikgu Zainun Mustapha
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sk Kompleks Gong Badak
21300 Kuala Terengganu

Doaku tetap bersamamu wahai anak-anak didik calon UPSR yang dirahmati Allah SWT

Selasa, 2 September 2014

MAKLUMAN: Saringan LINUS 2 2014

Satu mesyuarat bagi penyelaras LINUS sekolah akan diadakan di SK Padang Kemunting pada 3 haribulan September 2014 pada jam 2.30 ptg. Ianya bertujuan untuk membincangkan mengenai saringan 2 LINUS 2014. Kepada murid-murid yang terlibat dengan saringan 2 LINUS diminta mengambil perhatian kepada maklumat yang akan ditambah pada masa depan.