Khamis, 20 November 2014

Sekitar Pusat Pemindahan SKKGB



































Banjir di Gong Badak

Pada tahun ini, sekali lagi SKKGB telah menjadi pusat pemindahan bagi mangsa banjir. Banjir yang melanda kawasan sekitar Gong Badak ini telah masuk hari ketiga dengan tiada tanda-tanda yang air akan surut.
18 November 2014 (Selasa), pada waktu petang air mula melintasi jalan raya, penduduk sekitar SKKGB yang mengalami banjir mula mendaftarkan diri di sini. Walaupun pada mulanya ada sedikit kecelaruan kerana murid-murid masih dalam sesi persekolahan, pihak SKKGB berusaha untuk memastikan semua mangsa banjir mendapat tempat di sini.

Penduduk Sekitar SKKGB Mula Berpindah

Taman Desa Tanjung Damai Pada Petang Hari Pertama

Taman Desa Tanjung Damai Pada Pagi Hari Ketiga
Pada hari pertama pemindahan, semua pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti JKM, Polis, Bomba, RELA dan lain-lain lagi tiba tidak lama selepas air naik. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu penduduk-penduduk yang mengalami banjir ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Melawat Pusat Perpindahan Banjir SKKGB

Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Yang bertugas Di SKKGB Bagi Memantau Kesihatan Penduduk
Warga SKKGB Turut Membantu Penduduk

Antara Petugas-Petugas Yang Bertugas Di Pusat Pemindahan SKKGB
Kaunter Pendaftaran Mangsa Banjir
Kaunter Aduan Mangsa Banjir

Taklimat Kepada Warga SKKGB Mengenai Banjir

Rabu, 19 November 2014

MAKLUMAN : Pendaftaran Sekolah Sesi 2015 & Bayaran Keperluan Murid

Makluman kepada para murid dan ibubapa SKKGB, pendaftaran  murid tahun 1 hingga 5 SKKGB untuk tahun 2015 adalah seperti berikut

Tarikh   : 1 Januari 2015 (Khamis)
Masa     : 8.00 pg - 12.00 tengahari
Tempat : Kelas masing-masing  




Sehubungan dengan itu barang-barang keperluan murid boleh dibeli di kedai sekolah bermula pada 14 Disember 2014 - 17 Disember 2014 pada jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari. Maklumat barang - barang keperluan adalah seperti berikut


Peringatan kepada semua warga SKKGB, sesi persekolah untuk tahun 2015 akan bermula pada 4 Januari 2015. Buku teks bagi murid tahun 1 hingga 5 akan diagihkan pada hari persekolahan.

Selasa, 21 Oktober 2014

MAKLUMAN : Cuti Deepavali dan Awal Muharram serta Peperiksaan Akhir Tahun


Makluman kepada semua murid dan ibubapa SKKGB, cuti bagi hari Deepavali dan Awal Muharram adalah seperti berikut :-

22 Oktober 2014 - Cuti hari Deepavali
23 Oktober 2014 - Cuti peristiwa
24 Oktober 2014 - Cuti Hujung minggu
25 Oktober 2014 - Cuti Awal Muharram
26 Oktober 2014 - Cuti Hari Kelepasan Am Negeri

Sehubungan dengan itu SKKGB akan mula bercuti bermula 22/10 (Rabu) hingga 26/10 (Ahad).

 Untuk makluman warga SKKGB juga, peperiksaan akhir tahun akan bermula pada 27/10 (Isnin).
 
Jadual Tahap 1


Jadual Tahun 4 & 5

Jadual Tahun 4 & 5  

Jadual Tahun 6

Sekian, harap maklum.

Isnin, 20 Oktober 2014

MAKLUMAN : Kemasukan Data LINUS Saringan 2

Makluman kepada semua pihak yang terlibat, data LINUS saringan 2 bagi tahun 2014  boleh dimasukkan bermula 20 Oktober 2014.

Harap maklum.

Ahad, 19 Oktober 2014

MAKLUMAN : Sumbangan Projek Lantai Surau AL-Iman, SKKGB


Pihak Jawatankuasa Surau al-Iman, SKKGB sedang berusaha menyempurnakan pembinaan tambahan bagi menampung bilangan murid-murid ketika solat jemaah dan ketika aktiviti-aktiviti kerohanian.
Hasil sumbangan derma terdahulu dari pelbagai pihak, beberapa projek pembinaan telah berjaya dilengkapkan secara berperingkat2 :

Fasa 1 - Memasang bumbung zink (awning) sepanjang 40x20 kaki di bahagian hadapan luar surau.
Fasa 2 - Menyiapkan simen lantai seluas 40x20 kaki
Fasa 3 - Membina pagar konkrit bahagian hadapan luar surau

Sekarang, dalam fasa 4 - proses memasang lantai (tiling) di lapangan solat, pihak kami amat-amat memerlukan tambahan sumbangan bagi menyempurnakan pembinaan tersebut.

Pihak kami sangat mengalu-alukan sebarang bantuan dalam bentuk wang mahupun material bagi menampung kos pemasangan.
Berikut ialah anggaran kasar kos ;

1-Tile : RM2.00 x 880 keping = RM1760.00
2-Bahan2 & alatan                 = RM 500
3-Upah : RM1.50x880           = RM 1320.00
   JUMLAH                           = RM 3580.00

Individu yang berhasrat membantu boleh menyerahkan sumbangan kepada AJK Surau al-Iman SKKGB ataupun menyalurkan terus ke akaun PIBG SK Kompleks Gong Badak :

RHB Bank
26303300003530
rujukan: Derma Surau

Sumbangan anda amatlah dihargai...

Pengerusi JK Surau al-Iman SKKGB 2014

Khamis, 2 Oktober 2014

MAKLUMAN : Perlaksanaan Saringan 2 Bertulis LINUS

Adalah dimaklumkan bahawa saringan 2 bertulis LINUS bagi Literasi BM, Literasi BI dan Matematik tahap 1 akan dilaksanakan pada 07 Oktober 2014 hingga 17 Oktober 2014 mengikut jadual guru matapelajaran yang berkenaan.
Pada semua pihak yang berkenaan diharap dapat mengambil makluman.

Selasa, 23 September 2014


SEGMEN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK KOMPLEKS GONG BADAK


Pengumuman daripada KPM untuk semua calon UPSR 2014 sekali lagi mengejutkan anak-anak didik tahun 6 - 2014
Kena ulangi kertas Sains, dan Bahasa Inggeris pada tarikh 30 September 2014
Sekali lagi berita mengejutkan bila semua pelajar Tahun 6 kena duduki Kertas 1 bagi subjek  Matematik.

MENGEJUTKAN?

Namun, semua calon UPSR SKKGB 2014   tetap bersemangat waja...tetap ceria dan tetap teruja untuk menduduki subjek SAINS , BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK untuk sekali lagi.

Wahai anak-anak didik Tahun 6 yang sangat cikgu sayangi,
Semoga anak-anakku sayang  akan terus bersemangat waja. Kentalkan jiwamu sayang untuk mendaki kejayaan cemerlang dalam meraih 5A untuk UPSR mu.

Doa ikhlas cikgu dan semua warga SKKGB tetap mengiringimu sehingga ke puncak kejayaan yang cemerlang. In Sha Allah, akan Tuhan anugerahkan kejayaan kepada anak-anak yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam perjuangan untuk cemerlang.

Ingatlah sayang, anak-anak didikku,
Cikgu tetap akan menyayangi dan menyokong kamu semua dalam setiap doa dan munajat Cikgu kepada Allah yang Maha Esa.

Salam sayang daripada 

Cikgu Zainun Mustapha
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Kompleks Gong Badak
21300 Kuala Terengganu

Selasa, 9 September 2014

UPSR Bermula

Hari ini hari yang ditunggu oleh para calon UPSR 2014 dan juga kepada semua warga SKKGB. Bermula seawal 7.00 pg lagi, para ibubapa dan juga calon berserta guru-guru SKKGB telah berkumpul di Bilik Kokurikulum bagi taklimat dan bacaan yasin. Seperti mana tahun terdahulu, pada tahun ini juga peperiksaan UPSR di SKKGB juga disertai oleh calon-calon daripada Sekolah Rendah Islam Al-Amin. Tepat jam 8.00 pagi, semua calon dari SKKGB dan SRI Al-Amin mula bergerak memasuki bilik-bilik peperiksaan. Semoga para calon UPSR 2014 diberi ketenangan dan kemudahan semasa menjawab soalan.





Warga SKKGB juga pada pagi ini telah disertai oleh bekas Guru Besar dan PK Akademik SKKGB En. Ahmad Yusoff dan Pn. Hjh Zunaidi yang datang untuk bertemu para calon UPSR 2014 yang juga merupakan anak didik mereka sehingga pertengahan tahun ini.