Sejarah KDM

     
Kelab Doktor Muda SKKGB ditubuhkan pada Mac 2012.Dianggotai oleh 25 orang murid dan 4 orang guru, kelab ini merupakan kegiatan kokurikulum yang ditubuhkan dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jumlah guru penasihat dan ahli bertambah pada tahun-tahun berikutnya berdasarkan kepada aktiviti KDM dan juga acara-acara yang dipertandingkan di Konvensyen Doktor Muda.

      KDMSKKGB terlibat dengan kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan baik di peringkat daerah,negeri mahupun kebangsaan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah


1 - Persembahan Sketsa sempena Karnival Pemimpin Komuniti di Dewan Serbaguna Wakaf Catur,    Maras pada tahun 2013.

2 - Persemnahan Koir Sempena Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat Kebangsaan di  Kem Pengakap Telaga Batin pada tahun 2013.

3 - Program Bersama Komuniti di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal pada tahun 2014.

4 - Program 1000 Langkag Sehari anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Setiu.

      Semenjak ditubuhkan, KDMSKKGB telah menyertai Konvesyen Doktor Muda yang diadakan 2 tahun sekali. Pada 2013, KDMSKKGB telah menyertai semua acara yang dipertandingkan di Konvesyen Doktor Muda di peringkat daerah Kuala Terengganu. KDMSKKGB telah berjaya mara ke peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan. Antara kejayaan-kejayaan tersebut adalah


Peringkat Daerah

1 - Johan Inovasi Peringkat Daerah
2 - Johan Sketsa Peringkat Daerah
3- Tokoh Doktor Muda Peringkat Daerah

Peringkat Negeri

1 - Johan Daerah Kuala Terengganu
2 - Wakil Sketsa Daerah Kuala Terengganu
3- Wakil Tokoh Doktor Muda Daerah Kuala Terengganu

Peringkat Kebangsaan

1 - Wakil Inovasi Negeri Terengganu