Sesi persekolahan bagi tahun ini bermula pada hari Ahad, 11 Januari. Sejak pukul 7.00 pg lagi, kawasan hadapan sekolah telah penuh dengan kenderaan ibubapa yang datang menghantar anak-anak mereka terutama bagi murid-murid tahun 1 yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini. Walaupun sekolah ini menjadi pusat permindahan bagi mangsa banjir pada akhir tahun lepas, warga SKKGB tetap bersedia untuk menerima kedatangan murid-murid bagi sesi 2015. Tahniah kepada semua pihak yang berusaha untuk membersih dan menyiapkan prasarana sekolah bagi kegunaan semua murid.
Antara Bilik-Bilik Yang Telah Dikemaskan
|
Para Ibubapa Sedang Memerhatikan Anak-Anak Pada Hari Pertama Persekolahan. |
|
Perhimpunan Pertama Tahun 2015 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan