Isnin, 2 Februari 2015
Majlis Pengagihan Bantuan Khas Awal Pendidikan 2015
Sebagaimana tahun lepas, pada tahun ini SKKGB sekali lagi mengadakan majlis pengagihan bantuan khas awal pendidikan kepada semua murid SKKGB. Bantuan khas awal pendidikan adalah bantuan kewangan sebanyak RM 100 kepada para ibubapa yang mana ia bertujuan membantu meringankan beban ibubapa atau penjaga menyediakan keperluan kepada anak-anak mereka pada setiap awal tahun.Majlis yang telah diadakan pada 29 Januari yang lalu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Basir bin Ismail, selaku Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus.
Labels:
Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan