Isnin, 2 Februari 2015

Majlis Pengagihan Bantuan Khas Awal Pendidikan 2015

Sebagaimana tahun lepas, pada tahun ini SKKGB sekali lagi mengadakan majlis pengagihan bantuan khas awal pendidikan kepada semua murid SKKGB. Bantuan khas awal pendidikan adalah bantuan kewangan sebanyak RM 100 kepada para ibubapa yang mana ia bertujuan membantu meringankan beban ibubapa atau penjaga menyediakan keperluan kepada anak-anak mereka pada setiap awal tahun.Majlis yang telah diadakan pada 29 Januari yang lalu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Basir bin Ismail, selaku Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus.





















Majlis Cakna Pendidikan IbuBapa Dan Guru Tahun 6 2015

Pada 31 januari yang lalu, satu majlis pertemuan antara pihak pendidik SKKGB dan para ibubapa murid tahun 6 telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para ibubapa untuk berdialog dengan guru-guru yang mendidik anak-anak mereka selain memberi peluang kepada pihak SKKGB untuk memberi penerangan kepada para ibubapa mengenai akademik anak-anak mereka.










Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Pertandingan Merentas Desa MSSDKTU

Tahun ini, SKKGB telah menghantar wakil seramai 12 orang murid iaitu 6 murid lelaki dan 6 murid perempuan untuk menyertai pertandingan merentas desa MSSDKTU 2015. Sehubungan dengan itu pada perhimpunan baru-baru ini telah diadakan majlis penyerahan sijil penyertaan kepada semua wakil-wakil sekolah. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini adalah :-

Peserta Lelaki

1. MUHAMMAD FARIS FIRDAUS B. MOHAMAD AZUADI
2. WAN AHMAD AKID B. WAN KHAZALI
3. MUHAMMAD FARIS HAMIZAN B. MOHD SABRI
4. WAN MUHAMMAD HAFIZ B. WAN MUHD HAZLI
5. MUHAMMAD AHZHA B. SALIM
6. MUHAMMAD HAZEEQ B. SYAMSUL

Peserta Perempuan

1. NUR SURAYA BINTI SALLEH
2. NAJWA HUDA BINTI MOHAMAD ADNAN
3. AINA SHAMIMIE BINTI AZMI
4. NUR IMANINA BINTI NASRUDIN
5. NUR AFIQAH BINTI SAIDI
6. NURUL FARAH WAHEEDA BINTI AWANG MUTIYA















Ahad, 1 Februari 2015

Minggu Transisi Penyayang 2015

Bagi memperkenalkan murid-murid tahun 1 kepada SKKGB, minggu pertama persekolahan telah dijadikan sebagai minggu transisi. Tujuan program ini adalah untuk membiasakan murid-murid tahun 1 dengan keadaan persekitaran di SKKGB sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran. Pelbagai program telah dirancang oleh para guru agar murid-murid merasa selesa berada di SKKGB.



Sesi Persekolahan 2015 Bermula

Sesi persekolahan bagi tahun ini bermula pada hari Ahad, 11 Januari. Sejak pukul 7.00 pg lagi, kawasan hadapan sekolah telah penuh dengan kenderaan ibubapa yang datang menghantar anak-anak mereka terutama bagi murid-murid tahun 1 yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini. Walaupun sekolah ini menjadi pusat permindahan bagi mangsa banjir pada akhir tahun lepas, warga SKKGB tetap bersedia untuk menerima kedatangan murid-murid bagi sesi 2015. Tahniah kepada semua pihak yang berusaha untuk membersih dan menyiapkan prasarana sekolah bagi kegunaan semua murid.



                                    Antara Bilik-Bilik Yang Telah Dikemaskan

Para Ibubapa Sedang Memerhatikan Anak-Anak Pada Hari Pertama Persekolahan.

Perhimpunan Pertama Tahun 2015