Sabtu, 6 September 2014
'CAKNA KAUNSELING'
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKAATUUH...
Anak-anak calon UPSR 2014 yang amat dikasihi dan disayangi Allah semua,
Hanya 3 hari sahaja lagi kerusi UPSR bakal anak-anak duduki. Tarikh keramat itu amat dinantikan oleh kita semua samada anak-anak, guru-guru mahupun ibubapa.
Anak-anak tersayang,
Di sini, dititipkan buat anak-anak tersayang sedikit pedoman dalam menuju tarikh keramat itu
- Perbanyakkan doa yang benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWt.
-Pertajamkan minda pada setiap hari dengan membaca al Quran
-Eratkan perhubungan dengan ibubapa dan ahli keluarga
- Jaga hubungan dengan guru-guru dan kawan-kawan
- Istiqamah dalam aktiviti mengulangkaji pada setiap hari walaupun sedikit
Amalkan juga
- Makan makanan yang hanya memberi zat dan manfaat kepada minda dan bada seperti kurma, kismis, air zamzam, susu, air suam, air penerang hati, air bacaan yasin dan air solat hajat.
- Tidur lebih awal Jangan bazirkan masa dengan menonton TV terutama rancangan yang kurang berfaedah
- Bangun lebih awal agar semangat ke sekolah tidak pernah luntur.
-Sentiasa fokus terhadap semua faktra yang berkaitan dengan subjek peperiksaan upsr
Elakkan
- makan makanan ringan yang tidak berkhasiat
- makanan dan minuman berasid
- makanan asam
- minuman bergas
- makanan pedas
- makanan
- aktiviti yang lasak dan kurang baik
-
INSYA ALLAH, SETIAP ORANG CALON UPSR SKKGB 2014 AKAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH UNTUK MENJAWAB SEMUA SOALAN UPSR DENGAN LANCAR DAN BERINFORMASI DARIPADA ALLAH SWT
Ikhlas daripada
Cikgu Zainun Mustapha
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sk Kompleks Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Doaku tetap bersamamu wahai anak-anak didik calon UPSR yang dirahmati Allah SWT
Labels:
Kaunseling
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan