Tarikh : 26 Mei 2015
Hari : Selasa
Masa. : 3.00 hingga 5.00 ptg
Kelab Dr Muda SKKGB menerima kunjungan seramai 22 orang pelajar yang merupakan ahli dr muda dan 4 orang guru pengiring serta 3 orang wakil pejabat kesihatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan persiapan konvensyen dr muda 2015. SBPI Batu Rakit adalah merupakan sekolah rintis KDM sek men di terengganu yang akan mewakili terengganu ke konvensyen 2015 nanti.
Selasa, 26 Mei 2015
Lawatan dari SBP Integrasi Batu Rakit
Program bersama komuniti Kelab Doktor Muda
Tarikh : 4.3.2015
Masa : 7.30 pg hingga 1.00 petang
Tempat : Taman Perumahan Kuala Terengganu Golf Resort
Terima kasih diucapkan kepada penduduk taman KTGR kerana menerima kehadiran ahli KDM SKKGB untuk melaksanakan program bersama komuniti taman sempena hari gotong royong sifar sampah 2015. Antara aktiviti yang ahli KDM laksanakan ialah demonstrasi 7 langkah mencuci tangan, menggosok gigi, pameran, pemeriksaan bp, permainan interaktif dan gotong royong.
Program ini melibatkan komuniti taman, MBKT, pelajar UNiSZA dan banyak lagi.
Susulan dari program ini Kelab Doktor Muda SKKGB ditawarkan oleh pihak UKOM ( Unit Komunikasi SUK) untuk menyertai kembara bersama UKOM bagi memenuhi matlamat TTB iaitu memartabatkan pendidikan utk rakyat2 terengganu.
Sabtu, 23 Mei 2015
Tandatangan MOU jaringan kerjasama
Hari ini 23.5.2015 berlangsungnya majlis tandatangan MOU antara SKKGB ,Kuala Nerus dan SKPM, Marang. Sijil MOU ditandatangani oleh HJ MAZUKI A.GHANI selaku guru besar SKKGB dengan PUAN MAHSHURI BT ISMAIL selaku guru besar SKPM. Serta MOU antara pengerusi KDM kedua-dua sekolah. Tujuan jalinan kerjasama ini dilakukan ialah untuk mendedahkan KDM SKPM tentang program yang ahli2 dr muda boleh lakukan bukan sahaja kepada warga sekolah malah ianya juga boleh dilakukan kepada warga sekitar kita.
Program Bersama Komuniti Kembara Bersama UKOM
Unit komunikasi SUK Terengganu (UKOM) telah membawa rombongan 32 orang ahli KDM dan 11 orang guru SKKGB ke SK Padang Mengkuang untuk menjayakan Program Bersama Komuniti bersama komuniti sekolah PIBG, Agensi kerajaan lain dan juga masyarakat sekitar. Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya demonstrasi mencuci tangan, cara menggosok gigi dengan betul, pameran, check bmi, check mata, check bp dan banyak lagi. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tak langsung untuk menjayakan program ini.