Khamis, 20 November 2014
Banjir di Gong Badak
Pada tahun ini, sekali lagi SKKGB telah menjadi pusat pemindahan bagi mangsa banjir. Banjir yang melanda kawasan sekitar Gong Badak ini telah masuk hari ketiga dengan tiada tanda-tanda yang air akan surut.
18 November 2014 (Selasa), pada waktu petang air mula melintasi jalan raya, penduduk sekitar SKKGB yang mengalami banjir mula mendaftarkan diri di sini. Walaupun pada mulanya ada sedikit kecelaruan kerana murid-murid masih dalam sesi persekolahan, pihak SKKGB berusaha untuk memastikan semua mangsa banjir mendapat tempat di sini.
Pada hari pertama pemindahan, semua pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti JKM, Polis, Bomba, RELA dan lain-lain lagi tiba tidak lama selepas air naik. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu penduduk-penduduk yang mengalami banjir ini.
18 November 2014 (Selasa), pada waktu petang air mula melintasi jalan raya, penduduk sekitar SKKGB yang mengalami banjir mula mendaftarkan diri di sini. Walaupun pada mulanya ada sedikit kecelaruan kerana murid-murid masih dalam sesi persekolahan, pihak SKKGB berusaha untuk memastikan semua mangsa banjir mendapat tempat di sini.
Penduduk Sekitar SKKGB Mula Berpindah |
Taman Desa Tanjung Damai Pada Petang Hari Pertama |
Taman Desa Tanjung Damai Pada Pagi Hari Ketiga |
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Melawat Pusat Perpindahan Banjir SKKGB |
Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Yang bertugas Di SKKGB Bagi Memantau Kesihatan Penduduk |
Warga SKKGB Turut Membantu Penduduk |
Antara Petugas-Petugas Yang Bertugas Di Pusat Pemindahan SKKGB |
Kaunter Pendaftaran Mangsa Banjir |
Kaunter Aduan Mangsa Banjir |
Taklimat Kepada Warga SKKGB Mengenai Banjir |
Rabu, 19 November 2014
MAKLUMAN : Pendaftaran Sekolah Sesi 2015 & Bayaran Keperluan Murid
Makluman kepada para murid dan ibubapa SKKGB, pendaftaran murid tahun 1 hingga 5 SKKGB untuk tahun 2015 adalah seperti berikut
Tarikh : 1 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 pg - 12.00 tengahari
Tempat : Kelas masing-masing Sehubungan dengan itu barang-barang keperluan murid boleh dibeli di kedai sekolah bermula pada 14 Disember 2014 - 17 Disember 2014 pada jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari. Maklumat barang - barang keperluan adalah seperti berikut
Peringatan kepada semua warga SKKGB, sesi persekolah untuk tahun 2015 akan bermula pada 4 Januari 2015. Buku teks bagi murid tahun 1 hingga 5 akan diagihkan pada hari persekolahan.
Langgan:
Catatan (Atom)